Selasa, 30 Mac 2010

Skim Insuran Kemalangan Diri Pelajar 1 Malaysia




Pada tahun 2006, kira-kira 19 orang dimasukkan ke hospital setiap jam akibat kemalangan di Malaysia. Setiap kemalangan melibatkan kos yang tinggi iaitu kos rawatan kecemasan, rawatan susulan, cuti sakit dan cuti belajar. Ada kalanya melibatkan kos pengkebumian.

Dengan mengambil iktibar daripada jumlah dan kos kemalangan yang melibatkan murid sekolah, GABUNGAN MAJLIS GURU BESAR MALAYSIA, melalui KOPERASI GURU BESAR SELANGOR BERHAD telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan impak kos kemalangan ke atas murid dan ibu bapa/penjaga. KURNIA INSURANS MALAYSIA BERHAD (KIMB) telah bersetuju menjadi rakan strategik dengan menyediakan satu skim insuran khas iaitu SKIM INSURAN KEMALANGAN DIRI PELAJAR 1 MALAYSIA.

Skim insuran ini merupakan skim komplementari kepada skim insuran wajib yang sedia ada. Kami menggalakkan tuan/puan membeli polisi ini memandangkan tawaran faerah yang amat berpatutan.

Pihak KOPERASI GURU BESAR SELANGOR BERHAD dan KURNIA INSURANS MALAYSIA BERHAD sedia menjawab sebarang kemusykilan.


Terima kasih.


HJ ABD HALIM BIN MD ZAID
Pengerusi
KOPERASI GURU BESAR SELANGOR BERHAD.


Untuk maklumat lanjut hubungi
Hj Abd Halim - 013 355 0673
Lu - 013 351 2022
Poh - 016 222 2583
atau e-mail : tpagencyrwg@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan